.

.

Saturday, July 18, 2015

Qaradawi Doakan Presiden Pas Pimpin Kemenangan Besar



Kuala Lumpur, 17hb Julai 2015. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam menerima ucapan Hari Raya aidil fitri daripada Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Dr Yusuf Al Qaradawi.

Dalam ucapan tersebut , Ketua kepada Kesatuan Ulamak Sedunia itu juga turut meletakkan harapan yang tinggi kepada Presiden PAS untuk mengemudi bahtera perubahan umat Islam dan rakyat Malaysia secara khususnya. 

“ Kita merafakkan doa kepada Allah agar menjadikan hari raya ini membawa berita gembira yang baik serta dilimpahi keberkatan dan dipermudahkan segala urusan dan diberikan kemenangan kepada pihak tuan dan seluruh umat Islam " demikian antara petikan ucapan Hari Raya beliau kepada timbalannya , Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS.

Manakala dalam ucapan balas kepada ucapan Qaradawi itu, Datuk Seri Tuan Guru Presiden turut mendoakan agar Dr Yusuf al Qaradawi turut diberikan kesihatan yang berterusan untuk mendoakan agar para pejuang Islam di negara ini sentiasa beristiqamah dalam menggalas amanah perjuangan Islam sehingga memperolehi kemenangan. 

Tuan Guru Presiden PAS telah mencatat sejarah penting di rantau Nusantara apabila dilantik sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia yang merupakan antara badan tertinggi ulamak di peringkat antarabangsa. Ianya secara tidak lansung mengiktiraf PAS sebagai gerakan Islam terbesar di tanahair ini.

No comments:

Post a Comment