.

.

Monday, April 15, 2013

TS Kadir dakwa pakar khas diupah buat video fitnah

 
KUALA LUMPUR: Bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat wujudnya pasukan khas yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membuat video fitnah bagi merosakkan imej pemimpin politik tertentu.

Pemimpin veteran Umno yang menghubungi sendiri Harakahdaily berkata, pasukan khas itu terdiri daripada beberapa pakar video yang yang dibayar dengan upah khas.

"Saya diberitahu bahawa terdapat suatu pasukan khas yang pakar dalam kerja-kerja video ini telah ditubuhkan, dengan mendapat pembiayaan dan upah khas, bagi menjahanamkan imej tokoh-tokoh politik tertentu menerusi video-video seks.

"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video fitnah terbaru yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Kadir yang juga Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyifatkan pembikinan video fitnah itu sebagai sangat jijik, kejam dan tidak masuk akal.

"Dan sekarang ini pula, yang ganjil dan pelik, terhadap seorang yang terkenal, bersih dan kuat beragama, Datuk Mustapha Ali," katanya sambil menyifatkan sangat mengenali peribadi Mustafa yang bersih, bermoral dan berprinsip tinggi sejak beliau menjadi Ketua Pemuda PAS pada awal 70an lagi.

Baliau juga yakin rakyat kini muak dan jijik dengan pihak yang menggunakan cara tidak bermoral itu dalam kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya yakin seluruh rakyat Malaysia mengutuk dan menjijikkan kempen politik seperti itu, dan saya berharap ianya dapat dihentikan serta merta.

"Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih, dan selepas 50 tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik," katanya.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18305--ts-kadir-dakwa-pakar-khas-diupah-buat-video-fitnah

4 comments:

  1. kadir pun fitnah juga. Mana bukti video itu dibuat oleh pakar khas. Siapa pakar khas. Main sedap cakap itulah fitnah.

    ReplyDelete
  2. Mintak polis siasat dakwaan kadir.nak tau kebenaran.kalau org umno kena video tu betul.kalau pembangkang kena video tu palsu...........hampehhh

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya konsep pemerintah atau pembangkang sama saja .Apa yang berlaku di depan dan belakang umum adalah bonus kerana mereka pihak pemerintah dan juga pembangkang mempunyai kebijaksanaan memimpin dan petah berbahasa politik. Inilah anugerah tuhan kepada mereka.Biarlah kedua pihak ini memerintah , asalkan jangan negara kita huru hara ,kita miss soru dan hilang pekerjaan sudah.Wallahualam.




    ReplyDelete
  4. Alahai Datuk Kadir .. sudah2 lah... dah tak jadi org penting dlm kerajaan dan tak de jawatan.. dlm kerajaan mulalah nak tuduh kerajaan macam... dulu klu duk dlm kerajaan dan jd menteri pelancongan semuanya kerajaan baguih....jgn la mcm tu Datuk...bila kita tak duduk dlm kerajan pun sokong lah parti....jgn bila dah tak terpilih .. kecik hati dan nak tuduh sini plak......kesian sungguh kat bekas MP Kulim B Bharu nie....

    ReplyDelete