.

.

Tuesday, May 22, 2012

Al-Azhar, Akhirnya bangun menyekat Syiah


Syekhul Azhar mengadakan pertemuan ilmiah hari ini Ahad 20/5/2012 dengan kalangan ulama salafi, Sufi, habaib dan ikhwan muslimin sendiri bagi membincangkan cara menghadapi serangan penyebaran fahaman syiah di Mesir..memandangkan al-Azhar yg sifatnya sebagai kubu pertahanan umat Islam (aswj)..petikan dari akhbar hari 'KETUJUH', yg diterbitkan di MESIR... 


timbulnya pertemuan tersebut adalah sebagai reaksi keluarnya berita2 di akhbar2 (tempatan) tentang isu pembukaan markas syiah 'Husainiyat' di Mesir selepas kunjungan seorg ulama syiah Lubnan bernama Ali al-Kurani baru2 ini...

dan hampir dipastikan pertemuan tersebut akan mengeluarkan kenyataan/pendirian bhwa al-Azhar dan masyarakat islam Mesir menolak usaha2 menyebarkan ajaran syiah tersebut serta mengaskan hubungan mesir dgn Iran samalah sifatnya dlm hubungannya dgn negara2 lain dirantau ini (tanpa perlu menyebarkan fahaman agama mereka)

hari Khamis yg lepas pihak berkuasa Mesir telah merampas dan menutup markas syiah /Husainiyat yg baru shj dibuka oleh al-Kurani yg sudah lama menetap di Qom, Iran..antara yg dirampas ialah bahan2 cetak, buku2, video2 dan menyatakan bahwa penutupan tersebut adalah muktamad..

pembukaan markas syiah "husainiyat' beberapa hari lalu tersebut telah menimbulkan keresahan dan dan kemarahan al-Azhar dan pihak2 'sunni' serta menyifatkannya sebagai langkah menyebarkan fahaman tersebut di Mesir..sedangkan pihak yg mengusahakannya mendakwa ia adalah sejajar dgn usaha2 pendekatan antara mazhab sunni dan syiah..atas alasan wujudnya kebersamaan pada kecintaan terhadap ahlil bait ?

Dlm perhimpunan di markas syiah tersebut beberapa pengikut syiah termasuk kaum wanita telah memukul2 dada mereka dan membacakan syair2 nostalgia tentang kematian ahlil bait (sayyidina Hussein r.a dll)..sebagaimana yg telah menjadi kebiasaan di banyak negara yg berpenduduk syiah spt Iraq,iran. afghan, pakistan dan lubnan...

al-Azhar dan para ulamanya serta anggota2 majlis pengajian Islam dan kementerian Waqaf dan juga ketua2 kalangan ulama Asyraf (Habaib) telah menentang keras kunjungan al-Kurani yg ke markas2, pusat2 syiah serta ceramah2nya tentang ahlil bait di Kaherah malah di seluruh mesir baru2 ini ..

(TERJEMAHAN BEBAS) 


 sumber berita:
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=37240#1186414
http://www.alarabiya.net/articles/2012/05/20/215205.html

No comments:

Post a Comment